Bahasa Rakyat
Add
Sesiuk kuaran terbang selayang kuda berlari
Mengatakan
rumah adat
yang
besar
dan panjang di Minangkabau
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mara jangan dipukat
Kecelakaan
jangan
dicari.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepuk air di dulang akhirnya terpercik hidung sendiri
Memberitahu tentang
keburukan
diri dan keluarga akhirnya sendiri yang
mendapat malu.
; Melawan
orang
lebih berkuasa
daripada
kita
juga
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lang pungguk lang berikan tidur siang berjaga malam
Pencuri
biasanya
tidur siang tetapi
berjaga
malam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa berani menggali lubang dialah yang terperosok ke dalamnya
Orang
yang suka
menjatuhkan
orang
lain
dialah akan
mendapat
bencana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kelakatu hendak terbang ke langit
Terlalu tinggi angan-angan
hingga
susah
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Turut(kan) hati yang geram hilang takut tinggal berani
Disebabkan
oleh
perasaan marah
hilang
takut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebelum ajal berpantang mati
Tidak
akan mati
sebelum
sampai waktu yang ditentukan
oleh
Tuhan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disuruh pergi dipanggil datang bekerja kerana perintah berhenti kerana ditegah
Menunjukkan
seseorang
yang
taat
menurut
perintah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lamun takut dilanggar batang jangan duduk di kepala pulau
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT