Bahasa Rakyat
Add
Kalau pujuk makin menyebal kalau marah baru ketawa
Kelakuan yang
tidak
seperti biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang anak badak (babi) tampung konon cucu (babi) badak raya
Orang
yang
bukan
daripada
kerabat raja
mengaku
dirinya raja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada meriam baik diam; tak ada lela baik merela
Jika
tidak
lagi berupaya melawan baiklah menyerah
sahaja
biar selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di lelar timba ke perigi tidak sekali pecah juga
Jika
sesuatu
perbuatan
yang
tidak
baik
diulang-ulang
lambat laun
jahat
juga
kesudahannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana semut mati kalau tidak dalam gula?
Marah
atau
mudah
hilang
kemarahan
kerana kata-kata yang manis;
Mendapat
bencana
termakan
pujukan
sesuatu
menyenangkan sehingga
menyukakan
untuk memperolehi
keinginan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hujan tidak sekali jatuh simpai tak sekali erat
Keuntungan
atau
bahagia
tidak
datang
sekali. ;
Barang sesuatu
kerja dapat disudahkan sekaligus tetapi beransur-ansur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pula
Orang bangsawan
kalau
berdagang
ke
mana
sekalipun
nescaya
akan dimuliakan
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak kerana angin pokok kayu mahukah bergoyang.
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak takut akan mati tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah tak sedunia sabung
Pekerjaan
yang sangat
merbahaya
tetapi disukai
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dipujuk makin menyebal kalau dimarah baru tertawa
Orang
yang mengada-ngada dan manja
itu
tiada
hilang
tabiatnya jika
tidak
dimarah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT