Bahasa Rakyat
Add
Dikati sama berat diuji sama merah
Pasangan
hidup
eloklah dipilih dari yang sama darjatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditelan mati emak diluah mati bapa
Di
antara
dua
perkara
yang
serba salah
hendak
dipilih satunya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudu-sudu di tepi jalan dipanjat kena durinya disinggung kena rebasnya ditakik kena getahnya
Orang
cerdik
yang
susah
dikalahkan kerana berbagai-bagai
perkara
dapat dijadikan senjata untuk menentangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gading gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
Orang besar
yang telah turun pangkatnya; dapatkah dia
mendapat
kembali pangkatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing bertanduk Belanda bersunat barulah boleh jadi
Perkara
yang
tidak
mungkin
berlaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selemau-lemau puntung di dapur ditiup bernyala juga
Semua
pekerjaan
akan
berjaya
jika diusahakan dengan rajin dan tabah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum diajun telah tertarung
Baru
hendak
mula sudah
mendapat
masalah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedang rebung baik di patah jadi buluh melepuh jari
Masa kecillah diajar dan dididik
jangan
tunggu
hingga
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beban sudah di pintu
Anak
perempuan yang
patut
dikahwinkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus tali boleh (disambung) dihubung patah arang sudah sekali
Bercerai hidup
masih
ada peluang
berjumpa
atau
bersatu kembali; jika
bercerai mati
bererti
selama-lamanya;
Ada
perselisihan yang
boleh
diperbaiki kembali pula
tidak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT