Bahasa Rakyat
Add
Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas
Siapa yang
membuat
kesalahan dialah sendiri
menanggung
akibatnya.
; melakukan akan
terasa
bersalah
bila
orang
lain
menyindir
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak kena membangkitkan badak berendam di lumpur makin lama malah makin terbenam
Kalau
tidak
tahu
bekerja
makin
di
buat
binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau sekawan dapat dikawali; manusia seorang tidak dapat di maklumi
Mentadbir manusia sangat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada takut akan antah
Tiada
takut
pada sesiapa pun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama habis ikan tidak kena
Usaha
sia-sia dan merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ayam tidak berkokok (tak kan hari tak siang) hari tidak siangkah?
Bukan
seorang
sahaja
yang berkuasa dan
bijak
dalam
sesebuah negara. ;
Orang
berulang
alik
ke
rumah
seseorang
kerana
ada
sesuatu
hajat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak kecil makan hendak banyak sayap singkat terbang hendak tinggi
Menginginkan
sesuatu
yang
tidak
sepadan
dengan
kesanggupan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak terbang tiada bersayap; hendak hinggap tiada berkaki
Seorang
papa dan
tidak
ada kuasa
hendak
membuat
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belajar apa yang kamu tiada tahu dan mengajar apa yang tahu itu ialah permulaan langkah ke jalan kemajuan
Orang
jahil
hendaklah
belajar
yang alim
mahu
mengajar barulah
boleh
maju.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak tahu akan kain lagi
Perihal
orang
yang sakit tenat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT