Bahasa Rakyat
Add
Hendak ditelan termengkelan nak diluah (diludah) tak keluar
Keadaan yang
serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayangkan garam selimas busuk kerbau seekor
Sayang rugi sedikit
terjadi
kerugian yang
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muka bagai ditampal dengan kulit babi
Orang
yang
tidak
tahu malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga; seharum-harum tulang dibuang
Walau
bagaimana
jahat
ahli keluarga
atau
kaum kerabat
tidak
juga
sampai
hati
kita membiarkannya
saja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Puntung sekerap penyiar rimba
Orang
yang
banyak
anak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama buah beluluk tercampak ke laut tak makan ikan tercampak ke darat tak makan ayam
Orang
yang
tidak
berguna
disisi
masyarakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong
orang
yang akan
menyusahkan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setolok bagai gelang setempa bagai cincin
Sesuai
benar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah pernah telaga yang keruh mengalir airnya jernih?
1. Tutur kata
orang
yang
tidak
baik
itu
biasanya
rendah tarafnya. 2.
Jangan
diharapkan
sesuatu
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Wang sogok (suap; sorok)
Menerima
rasuah;
hadiah
kerana meluluskan
permintaan
orang
padahal
salah
disisi undang-undang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT