Bahasa Rakyat
Add
Pergi ke telaga terlupa membawa timba timba dicari dapat yang tiada bertali
Orang
yang bertemu
jalan
keuntungan tetapi
oleh
sebab
malangnya
terhalang
daripada
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang menunggu perigi masakan dahaga
Berdamping dengan
orang
berilmu
masakan
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang lumpuh pengejut ayam juga
Lain
dari pada
penghuni
rumah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam kehilangan ibu
Tidak
ada
tempat bergantung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apabila air tenang jangan sangka tiada buaya.
1.
Orang
yang diam
jangan
disangka
bodoh.
2.
tidak
merbahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bertakuk yang ditebang; yang bergaris yang dipahat
Kerja
ikut
aturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Celaka malang berayam; padi masak makan kehutan
Kerja
bersusah
payah
bila
mendapat
faedah
ditinggalkan
sebab
sesuatu
kemalangan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana pencalang sarat tidak ke timur tidak ke barat
Orang
yang
berhias
dan berpakaian cantik
hanya
untuk di rumah
bukan
ke
mana-mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil jangan disangka anak besar jangan disangka ibu (bapa)
Pengetahuan
atau
kelebihan
itu
tidak
khusus
terdapat
pada
orang tua
sahaja;
Kebolehan
seseorang
jangan
kita ukur dari rupa umurnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti api (me)makan lalang yang kering tidak dapat dipadamkan lagi
Merbahaya
yang menimpa
orang
lemah dan
miskin
mudarat
lagi
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT