Bahasa Rakyat
Add
Kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga
Jangan
lakukan
apa
yang
tidak
termampu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tersesak undang kepada yang runcing tak dapat bertenggeng lagi
Habis akal
budi
bicara;
habis ikhtiar
hingga
tidak berdaya
upaya
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disesal kilangan patah diri itulah penimpitnya
Orang
yang
mendapat
celaka
kerana kesalahan sendiri
tidak
boleh
menyesal kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itu pun tak dapat
Kerana mengharapkan laba
besar
yang
belum
tentu dapat maka
kecil
ditinggalkan akhirnya kedua-dua
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sesiuk kuaran terbang selayang kuda berlari
Mengatakan
rumah adat
yang
besar
dan panjang di Minangkabau
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau alang kepalang biarlah jangan disangka tiada buaya
Orang
yang
pendiam
jangan
disangka
tidak
membahayakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bayang-bayang hendaklah sepanjang tubuh
Buat
kerja mengikut
kemampuan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkena ke batang hidung sendiri
Sesuatu
hal yang berlaku
mendatangkan
kesusahan
atau
keaiban
kepada
seseorang
dikasihi
anak
isteri
orang
rapat
dengan kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bekerja dengan tulang urat
Buat
kerja dengan tangan sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elang terbang mengawan; agas hendak mengawan juga
Ingin
meniru
lagak
orang
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT