Bahasa Rakyat
Add
Nyiur yang diparut aitu diperah santannya dan hampasnya dibuang
Jika kita mendengar kata-kata
orang
hendaklah menimbangkannya
baik-baik
kerana yang
baik
itu
dapat diambil dan buruk dibuang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak ditelan termengkalan nak diludah (luah) tak keluar
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai
Jika
takut
susah
jangan
berbuat
sesuatu apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi teluk olakan air
Perdebatan
yang berkisar kepada
satu
masaah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak mandi di air kiambang pelak lepas gatal pun datang
Apa
yang diperolehi
sekalipun
berguna
tetapi
kemudian
akan
mendatangkan
kesusahan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Contoh diambil dari yang sudah; tuah diambil dari yang menang
Sesuatu
contoh
yang
hendak
ditiru biarlah
mendapat
hasil
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing dapat pasir
Orang
yang
gembira
apabila
mendapat
sesuatu
setelah
lama menunggu
atau
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Samir tak habis kajang pula (bayar tak habis hutang pula)
Hutang
yang lama
belum
lunas baru di
buat
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itupun tidak dapat
Mengharapkan
untung besar
yang
ada
dibuang kedua-dua
tidak
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT