Bahasa Rakyat
Add
Jangan dibangunkan kucing tidur
Jangan
diganggu musuh yang diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan anak buat mata sebelah harapkan teman buta kedua-duanya
Setiap
pekerjaan
harus
dikerjakan
atau
diawasi tanpa mengharapkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bisai (bisan) makan (sepinggang) sehidangan
Sesuatu
yang
baik
itu
terjadi
pada
orang
setaraf
atau
sejodoh.
;
Kesesuaian
antara
setaraf.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patung bernyawa
Hidup
tidak
mempunyai
cita-cita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minyak dengan air masakan sama
Orang
yang bermusuhan
atau
tidak
sehaluan
mustahil
dapat bergaul
menjadi
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semalap-malap puntung di dapur ditiup bernyala juga
Pekerjaan
yang di
buat
dengan
bersungguh-sungguh
itu
akhirnya akan sudah
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat diisi lembaga dituang
Buat
kerja ikutlah
peraturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berkibar panji-panji sutera yang mulia melainkan bersiir tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan mula kerana
hormat
rakyat yang
hina
dina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lang pungguk lang berikan tidur siang berjaga malam
Pencuri
biasanya
tidur siang tetapi
berjaga
malam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti biawak masakan hilang kesatnya
Orang
yang rendah pekerti bahasanya pun
kasar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT