Bahasa Rakyat

sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurutnya, dia reda dengan apa yang terjadi tetapi pasti merindui keramahan dan kebaikan isteri selama mereka hidup bersama. [www.hmetro.com.my]
Asnaf pasif Lazimnya mereka ini rata-rata adalah golongan berumur dan mengalami keuzuran sama ada sakit tua atau kecacatan kekal ekoran kemalangan sebagainya. [www.sinarharian.com.my]
keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning dipakainya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Bagaimanapun, katanya, sungai berkenaan kembali menjadi tumpuan selepas suasana keindahan itu tular di Facebook baru-baru ini. [www.hmetro.com.my]
perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Dalam pada itu, kelima-lima Ahli Parlimen terbabit juga mendakwa surat diutus kepada mereka menampakkan kecelaruan urus setia BERSATU ketika ini. [www.bharian.com.my]
keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT