Bahasa Rakyat
Add
Penghulu disanjung dengan adatnya orang alim disanjung dengan kajinya orang muda disanjung dengan manjanya
Mengambil hati
orang
hendaklah pada
tempat
yang diminatinya;
Kalau
hendak
memuji dengan
pujian
kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beralih kain payah juga ke ceruk beralih cakap di mata-mata sahaja
Mungkir.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti hendak meluruskan ekor beruk
Sia-sia menasihati
orang
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tua jangan di perut seperti rotan dahululah dia merasa garam
Orang
yang telah biasa
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi;
bijak
mahu
diajar lagi kerana dia sudah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak bermeriam baiklah diam
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Sesuatu
perkara
itu
tidak
akan berlaku jika datangnya dari
sebelah
pihak
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau masih rebung mudah dipatahkan kalau telah etung tak berpatah lagi
Mendidik
anak
biar
sejak
kecil
bila
sudah
dewasa
tidak
dapat diubah lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada elok yang tidak bercacat
Tidak
ada
yang sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elok berbini orang tua; perut kenyang pengajar dapat
Kahwin
janda
banyak
untungnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika ada padi berhampalah jika ada hati berasalah
Sesiapa yang
terasa
tersindir dialah
berbuat
seperti disindirkan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT