Bahasa Rakyat
Add
Kurang kerat rengkuh yang lebih
Orang
yang
banyak
bercakap
daripada
kerja;
Cakap
sahaja
lebih tetapi
tidak
rajin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah habis tenggang dengan kelakar
Sudah
habis
semua
ikhtiar
tapi
tidak
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi terang lagi bersuluh
Sesuatu
perkara
yang telah terang
atau
nyata
diterangkan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam senang dalam reban musang yang susah beredar keliling
Merasa dengki dan
tidak
senang melihat
kebahagiaan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pantang lang dengan ayam lambat laun disambar jua
Lelaki
tidak
melapaskan
peluang
untuk meniduri perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Langit berkelikir bumi bertemberang salah-salah fikir menjadi hamba orang
Angan-angan
atau
fikiran
yang
menurut
nafsu
itu
akhirnya
membawa
kehinaan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti garuk dengan sisir
Dua
orang
bersaudara tetapi berlainan
kemahuan
dan budi pekertinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bulat datang berguling; yang pipih datang melayang; yang jauh menjadi dekat
Keuntungan
atau
kemewahan
yang
datang
daripada
berbagai-bagai
punca;
Orang
bertuah
itu
apa
dihajatinya mudah dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anjing melentang denai
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti si buta berbini cantik si kudung beroleh cincin si busu bercakap dan si tuli mendengar
Mendapat
barang
berharga
tetapi
tidak
dapat menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT