Bahasa Rakyat
Add
Kusut di hujung (ujung) dengan pangkal kerana salah dimulai
Semua rosak kerana silap dari
awal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kersik di pulau
Amat
banyak
terutama benda-benda
kecil
atau
buah-buahan yang bertaburan ditanah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bercermin di air keruh
Jangan
mengikuti teladan yang buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air takkan pasang selalu di mana masanya surut sentiasa
Keadaan
hidup
yang
tidak
tetap; adakalanya
susah
dan senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tak takut mati tak se asyik perang jika takut alah tak asyik sabung
Perang
dan
judi
kedua-duanya menasyikka tetapi
mendatangkan
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedangkan gajah yang besar berkaki empat lagi terkadang-kadang terserandung (lalu jatuh tersungkur ke bumi)
Orang besar
kuat
ada
kalanya
menjadi
lemah. ;
besar
dan
mulia
itu
adakalanya
hilang
kebesarannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang emas dapat dibayar utang budi di bawa mati
Budi
bahasa
tidak
dapat di balas dengan wang ia akan jadi
hutang
seumur hidup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak berwang ke mana pergi pun terbuang
Kalau
tiada
harta
sentiasa
tersisih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan dimakan rahu
Perumpamaan yang
menyatakan
betapa
asyiknya
seorang
lelaki
memeluk
kekasihnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak usah diajar anak buaya berenang ia sudah pandai
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT