Bahasa Rakyat
Add
Tiada serek dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Kerana mencari wang
(rezeki)
tidak
terasa
penat
atau
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diperlelar timba ke perigi talinya kalau tak putus genting
Jangan
dibiasakan
perbuatan
yang
jahat
kerana
akibatnya
jika
tidak
mati sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada beras kerja tiada deras
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lah karam maka bertimba
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga perginya
Orang dagang
walau
beroleh
kesenangan
di rantau
tempat
asalnya tetap diingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi lemah tak patah
Nampak
lemah tetapi
tidak
dapat dipengaruhi
atau
dipermain-mainkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Intan itu jika terbenam dalam pelimbahan sekalipun; tiada akan hilang cahayanya
Orang
yang
berbudi
walaupun
melarat
tetapi tetap dikenang
juga;
Walaupun
kebenaran
belum
terang;
kemudian
akan
terbit
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terbakar kampung kelihatan asap terbakar hati siapa yang tahu
Kesusahan
yang
tidak
diketahui
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada laut yang tiada berombak
Tidak
ada
suatu
pekerjaan
besar
yang
tidak
bahayanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hitam terbang malam siapa tahu berdebus bunyinya?
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT