Bahasa Rakyat
Add
Seperti antah melukut lapar sangat baru berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kodok kena (air) tahi
Orang
yang
hina
mengada-ngada
(menjadi
sombong)
kerana
mendapat
sesuatu
pekerjaan
ternama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah semelakumbu di makan mati bapa tidak dimakan mati emak
Serba salah
memilih
antara
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada kubangan yang tidak berluncek (kodok)
Tidak
ada
negeri
yang
tidak senonoh
perempuan senonoh lakunya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gelagak (bagai lagak) rambutan jantan orang berbunga dia berbunga orang berbuah dia tidak
Selalu mengikut
orang
tetapi
tidak
mendapat
faedah
daripadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak berkuku
Tidak
ada kuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap berlauk-lauk; makan dengan sambal berlada
Berlagak
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti hendak menepung tiada berberas
Cakap
sahaja
pandai tetapi
hasil
tidak
ada.
;
Pekerjaan
yang di
buat
dengan mengikut
syarat
jaranglah
boleh jadi
sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak menggigit telunjuk melihat air hujan turun keruh
Hairan
melihat
orang mulia
berkelakuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hang tak kurang sanggul aku tak kurang tenggek (tengkolok)
Jika
seorang
tidak
berkenan maka
banyak
orang
lain
yang berkenan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT