Bahasa Rakyat
Add
Dikati sama berat diuji sama merah
Pasangan
hidup
eloklah dipilih dari yang sama darjatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tanak dalam periuk
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Segar dipakai layu dibuang
Suami
yang
tidak
baik
akhlaknya selagi isterinya
muda
disayangi
bila
sudah tua ditinggalkan
begitu
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada laut adalah perompak
Tiap
sesuatu
ada
pasangannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana katak dapat bunga sekuntum
Tidak
faedah
benda
yang
berharga
dan
mulia
jika diperolehi
oleh
orang
tidak
tahu menilainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat rumput yang kering; ditimpa hujan segar kembali
Keadaan yang
melarat
dan sengsara
mendapat
pertolongan
sehingga hidupnya
terasa
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hayat dikandung badan
Umur panjang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta baharu celik
Orang
yang
susah
baharu
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lain ditaja lain dianyam seiring selisih jalan
Seseorang
yang
tidak
menunaikan
apa
diazamkannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dayung merpati sekawan
Dayung
berdaun
warna putih
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT