Bahasa Rakyat
Add
Di mana periuk pecah di situlah tembikar tinggal
Orang
yang merantau dan mengembara di mana dia mati situlah berkubur
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu sangka kapal api besi itu pun masuk guri juga
Jangan
kita sangka bahawa
sesuatu
yang teguh
itu
tidah binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah cotok berkudung paruh salah telah belah perut
Kesalahan
harus
dihukum mengikut kadarnya
atau
menurut
adat yang telah ditetapkan. ;
Hukum
bunuh
untuk
membunuh;
melukai
wajib
didenda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sejernih-jernih air kalau melalui pembuluh yang kotor tentu kotor juga
Rezeki
yang dicari dengan
cara
salah
tetap
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tetaguk di rumah tinggal
Senyap
sunyi
atau
kesunyian
kerana
seorang
diri
sahaja.
;
Orang
yang
berbuat
pekerjaan
dirinya tetapi riuh bunyinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Kerja yang dibuat dengan tekun akhirnya akan
berjaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cangkat sama didaki; lurah sama dituruni
Membuat
kerja bersama-sama ;
Tolong
menolong
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebusuk-busuk lauk kalau dibasuh enak juga
Sebesar-besar
perkara
atau
perselisihan
kalau
diusul
periksa
dan diperdamaikan akan selesai
baik
juga
kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai belacan dikerat dua yang pergi busuk yang tinggal hanyir
Perkara
yang
mendatangkan
keaiban
kepada
kedua
pihak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Taruh beras dalam padi
Nasihat
untuk
menyuruh
rahsiakan
sesuatu
baik-baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT