Bahasa Rakyat
Add
Nan dekat panggilan tiba nan jauh kulangsing lepas
Adat
memanggil-manggil
yang
dekat
dipanggil dengan mulut
jauh
dikirimi surat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan dua kali sibuta kehilangan tongkat
Sekali
sahaja
si
bodoh
terkena
pada
masa hadapan
dia akan beringat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan sampai sesat barat sepuluh kali diukur sekali dikerat
Sebelum
menentukan
sesuatu
hendaklah lebih
dahulu
diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kain kasa(h) di atas duri
Keadaan yang sukar perlu
sabar
dan
hati-hati.
; Kesakitan pada
hari
maut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai
Jika
takut
susah
jangan
berbuat
sesuatu apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal ayam hendak ke bumbung asal itik pulang ke pelimbahan
Tabiat
tidak
akan
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasangan sudah terletak di atas kodok
Terpaksa
lakukan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tempung menuju jeh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minta tulang ke lidah (ke lintah) (sisik ke keli)
Minta
sesuatu
kepada
orang
yang
tidak
mungkin
akan mengabulkannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elok lengan di tempat datar
Berseronok biar
kena
pada
tempat
dan waktunya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
20
21
22
23
24
[25]
26
27
28
29
[c] 2021 Petak Ajaib PLT