Bahasa Rakyat
Add
Di lahir serupa tidak di batin menggunting angin
Orang
yang suka
berpura-pura
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan sebab ayam seekor mengetahui hari siang ?
Bukan
seorang
sahaja
yang pandai
atau
berkuasa
dalam
sebuah
negeri;
Walau
pekerjaan
itu
tidak
dicampuri
oleh
tetapi dapat
juga
disudahkan dengan sempurna
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Galas terdorong kepada Cina
Sudah terlanjur;
tidak
dapat ditarik
balik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak lekang di panas (tak lapuk dihujan)
Tetap selama-lamanya; Teguh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tonggak dalam air diselam orang air dalam tonggak siapa menyelam?
Rahsia
dalam hati
seseorang
tidak
siapa dapat mengagaknya
kalau
ditunjukkan
atau
diberitahu barulah diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk ke kandang kerbau menguak; Masuk ke kandang kambing membebek
Bila
berada
si
sesuatu
tempat
perlulah mengikut
adat resam
di
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak tengguli ditukar cuka
Diberi
ganti
yang sangat bertentangan;
Bertukar
keadaan
daripada
menyedihkan kepada menyenangkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menumbuk padi hampa
Orang
yang
terkenal
kerana
sesuatu
tetapi
sebenarnya
tidak
begitu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisau raut bongkok orang boleh dibetulkan bongkok sendiri tak boleh betul
Orang
yang
boleh
menolong
kesusahan
orang
lain
tetapi kesusahannya sendiri
berkehendakkan
pertolongan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mencincang air
Melakukan
pekerjaan
yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
20
21
22
23
24
[25]
26
27
28
29
[c] 2021 Petak Ajaib PLT