Bahasa Rakyat
Add
Mahal dibeli sukar dicari
Sesuatu
barang
yang sukar diperolehi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cari sebab (silang; seteru)
Sengaja
menyebabkan
konflik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah tongkat bertelekan habis hulubalang bersiak
Mengerjakan
sesuatu
dengan
sedaya upaya;
Tidak
putus asa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mayat diangkat orang tiadalah bergerak
Orang
yang sangat daif dan
tidak
mempunyai daya
upaya
hanya
mengharapkan
pertolongan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada bekibar panji-panji sutera yang mulia melainkan berdiri di tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan
mulia
kerana
hormat
rakyat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang biduk belum langsai; hutang pengayuh tiba pula
Hutang
lama
belum
dibayar
hutan
baru sudah ditagih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bersesalan bagi Batak lari
Tuduh-menuduh
sama sendiri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mahal rantai daripada beruk
Yang
tidak
penting lebih
mahal
daripada
yang penting.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke gunung emas pasir baiduri ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari ke tasik juga akhir dicari
Walau
berapa
jauh
pun dagang merantau
ke
negeri orang
akhirnya
baik
rumah sendiri
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebu di mulut gajah
Sesuatu
benda
yang
jatuh
ke
tangannya maka dia
tidak
akan melepaskannya. ; sangat digemari
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT