Bahasa Rakyat
Add
Jangan bagai orang patah selera banyak makan
Pura-pura
tidak
mahu
tetapi
dalam hati
sangat suka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menyandang galas tiga berat tidak seberapa rintangnya yang lebih
Perkara
yang
menyusahkan
atau
mengganggu;
Nampak
senang tapi
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itu pun tak dapat
Kerana mengharapkan laba
besar
yang
belum
tentu dapat maka
kecil
ditinggalkan akhirnya kedua-dua
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di beri betis hendak peha
Di
beri
sedikit
kemudian
banyak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semahal-mahal gading jika patah tiada berharga
Biarpun
tinggi
kemuliaan
seseorang
jika dia
membuat
jahat
tidak
ada
orang
yang akan memuliakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dirintang siamang berbuai
Asyik
melihat
sesuatu
yang
tidak
berguna
dengan
menghabiskan
waktu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulu besi sekarang timah
Orang
yang telah turun darjat
atau
pangkatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di manakan berteras kayu mahang?
Adakah
boleh
pandai
bangsa
yang tiada pelajaran?
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang memegang kerbau (pada) talinya memegang manusia (pada) katanya
Orang
yang
menepati
janji;
Manusia sempurna
itu
malu ia
mengubah
atau
mungkir
janji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Untung saham
Laba
daripada
modal
yang dilaburkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT