Bahasa Rakyat
Add
Lah panas hari kacang lupa akan kulit(nya)
Orang
yang lupakan
orang
telah
berbudi
kepadanya;
asal
keturunannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan berlumba
Kawan
yang
menjadi
saingan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gombak gemilang kutu banyak; bibir hitam gigi kotor
Orang
yang
bagus
dan
bersih
rupanya (di
luar)
tetapi
dalam
hatinya busuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Paku sebatang kuat bunyi tukulnya bertalu-talu
Besar
khabar
dari keadaan;
Bercakap besar
tetapi kerjanya
tidak
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gadis julung bersubang bujang julung berkeris
Sombong
kerana baru
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing takut akan balur
Lelaki yang
takut
atau
malu-malu
kepada perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak akan aib kucing biang
Bila
sudah
berahi
hilang
rasa
malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ulat lupakan daun
Melupakan
kebaikan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama air digenggam tidak tiris
Tidak
ada
perasaan untuk menolong
orang
yang
susah;
Kedekut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
18
19
20
21
22
[23]
24
25
26
27
[c] 2021 Petak Ajaib PLT