Bahasa Rakyat

mengadakan sidang atau persidangan, bertemu utk berunding, bermesyuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ menyusun langkah menyerang musuh. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Perkhidmatan Polis yang bersidang semalam bersetuju memberikan kenaikan pangkat Sarjan secara 'Posthumous' kepada Allahyarham Safwan Mohd Ismail berkuat kuasa mulai 3 Mei lalu. [www.hmetro.com.my]
bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Tinjauan mendapati, aktiviti berkelah , berenang di kolam awam dan gelanggang papan selaju masih belum boleh digunakan. [www.bharian.com.my]
bertutup muka atau mata; membeli kerbau ~ prb a) sesuatu dgn tidak melihat dahulu; b) berkahwin gadis yg belum dikenali; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Apa pun PH memang wajar bertanding setelah bertempik dan berkokok sejak hilang kuasa beberapa bulan lepas. [harakahdaily.net]
= ~ hati = ria bersenang-senang, bergembira; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kelainan perayaan pada tahun ini, tidak menghilangkan semangat rakyat Malaysia daripada bersuka ria di rumah dan mencari makna dalam kesederhanaan. [www.bharian.com.my]
mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku [Kamus Dewan Edisi Keempat]
mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kassim berkata buat masa ini beliau menyediakan pakej katering kepada pengunjung yang berminat untuk berkhemah di sini. [www.bernama.com]
berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kakitangan taman tema yang memakai kostum pula tidak dibenarkan bersalam atau high-five dengan peminat cilik mereka sebaliknya mengamalkan penjarakan sosial. [www.astroawani.com]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT