Bahasa Rakyat

1. = bawaan sifat semula jadi; susah hendak mengubah ~ jadi; 2. perihal membawa: barang-barang itu dilakukan pd malam hari; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Di penghujung Era Abbasiah, ada dari kalangan ahli sufi yang terkesan dengan nilai-nilai falsafah dan mencetuskan pembawaan baru seperti Ibn Arabi. [harakahdaily.net]
sesuatu yg berjuntai: di hadapan ~ kakinya. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
PH Johor menyifatkan pelawaan menteri besar Hasni Mohamad terhadap semua pemimpin politik di negeri itu unutk bersama-sama membangunkan sebagai "tidak jujur". [www.malaysiakini.com]
1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Sehubungan itu, Shamsul Anuar berkata pihak kementerian dan TNB akan memberikan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat bagi mengatasi kekeliruan tersebut. [www.astroawani.com]
cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Azizee berkata, mereka merancang bercuti bersama keluarga di utara tanah air sebagai hadiah perkahwinan disamping menjadikan percutian landasan mengeratkan hubungan kekeluargaan. [www.hmetro.com.my]
amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Teringat saya kepada pesan Tok Guru Haji Hadi dengan firman Allah: “Berlaku adillah, kerana adil itu dekat taqwa.” [harakahdaily.net]
kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Beliau berkata walaupun sudah bersara, jasa anggota keselamatan tidak boleh dilupakan kerana tugasan mereka selama ini adalah demi negara. [www.bharian.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT