Bahasa Rakyat
Add
Masa lagi rebunglah hendak dilentur jangan dinantikan sampai menjadi aur
Mendidik
anak
biar
semasa
masih kacil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di suruh pergi dipanggil datang yang buta disuruh penghembus lesung yang patah disuruh menunggu jemuran yang pekak di suruh mencucuh meriam yang berani dijadikan kepala lawan
Setiap
seseorang
itu
disuruh mengikut kebolehannya terutama di
dalam
kehidupan
sehari-hari
atau
majlis-majlis keramaian
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi tak kimpal
Kerja yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerja raja dijunjung kerja kita (sendiri) dikelek
Hendaklah kita melebihkan kerja untuk
tuan
daripada
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau puntung kena penjara pelanduk kecil menolak mara
Ada
juga
masanya
orang kecil
itu
dapat menolong
besar
yang di
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang koyak rabak
Pengetahuan dan kebajikan banyaklah yang
terbit
daripada
dada
orang-orang
miskin
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilat pisau ke tangan kilat beliong ke kaki kilat cermin ke muka
Tanda
alamat
atau
kecenderungan
yang
boleh
diperhatikan
daripada
percakapan
perbuatan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jirus bagai bulan akan habis
Modal
yang
makin
lama
kurang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akar berjumbai tempat siamang bergantung dahan menganjur tempat tupai menegun
Daripada
keterangan yang diberi dapatlah dketahui
salah
benarnya
perbuatan
orang
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai durian dengan mentimun
Orang
yang berkuasa mudah
mengalahkan
lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT