Bahasa Rakyat
Add
Jangan disangkakan kapal besi tak masuk guri (limbungan)
Tidak
boleh
disangkakan
sesuatu
yang teguh
itu
tidak
binasa tetapi
ada
juga
masanya
menjadi
rosak dengan mudahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang puru gatal tubuhnya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada orang menggaruk keluar badan
Sesuatu
perselisihan
biasanya
berpihak kepada
kaum keluarga
tidak
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bertangguk kepada ikan sudah tertangguk kepada batang
Mengharapkan
untung
tetapi
mendapat
rugi pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan kamu berilmu dalam pekerjaan kamu itu nescaya menyerupailah kamu seorang hulubalang yang tiada berpedang
Setiap kerja memerlukan
kemahiran
dan pengetahuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang mati jika tiada orang mengangkat bilakan bergerak?
Orang
daif yang
tidak berdaya
hanya
mengharapkan
pertolongan
orang
kepadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Serigala dengan buah anggur
Orang
yang
mencela
seuatu sangat diingininya sesudah dia
berusaha
tetapi
tidak
memperolehinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angan-angan menerawang langit
Impian
yang sukar dicapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gendang kembali
Gendang
menandakan
raja
balik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab ayam seekor mengetahui hari siang
Pendapat
satu
orang
tidak
dapat melawan
pendapat
ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT