Bahasa Rakyat
Add
Sedekat-dekat tepi kain dekat jua tepi bebat
Keluarga sendiri lebih
dekat
daripada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kerakap tumbuh di batu hidup segan mati tak mahu
Keadaan
hidup
orang
yang sangat
miskin
dan
melarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kaduk kena (siram air tahi)
Orang
yang
tidak
berguna
tetapi panjang umurnya. ;
hina
mengada-ngada
setelah
mendapat
pekerjaan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang garam sececah busuk (rosak) kerbau seekor
Kerana
takut
rugi sedikit akhirnya jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilat senjata seperti petir tunggal
Kepantasan
seseorang
hulubalang
atau
yang berani serta kuat bunyi tempiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mandi di telaga tepi jalan bersunting bunga tahi ayam
Lelaki yang suka perempuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah lalu dibeli; kusa (kosa) tiada terbeli
Mengerjakan
sesuatu
yang
mustahak
tetapi melupakan perkara-perkara
kecil
tidak
kurang
pentingnya untuk
menjayakan
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tokak lekat di kening
Malu yang
tidak
dapat ditutup dan disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak tersorong ke banir
Perbuatan
yang sudah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT