Bahasa Rakyat
Add
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi
Kalau
kita
berbuat baik
kepada
orang
tidak
akan dibalasnya
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana bunga dedap sungguh merah ada berbau tidak
Seseorang
yang
elok
dan tampan tetapi
tidak
berbudi
kerana ia tiada
berguna
dalam
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dahulu nampak rimbun daun kinilah sangat merarasi
Orang
yang
kaya
dan terpuji
menjadi
melarat
hina
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anai-anai makan kayu
Orang
yang tekun akhirnya
mendapat
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas sekalipun nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis
Orang
jahat
tidak
akan
berubah
walaupun diberi
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kaduk kena (siram air tahi)
Orang
yang
tidak
berguna
tetapi panjang umurnya. ;
hina
mengada-ngada
setelah
mendapat
pekerjaan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilir malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu
Kalau
segan
bertanya
tidak
akan
mendapat
kemajuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mesti ke langit akan menjemur kalau hari tak panas tak juga kering
Usaha
sebesar mana pun akhirnya
nasib
yang menentukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing buruk kepala
Orang
yang daif dan
miskin
dipandang
hina
oleh
masyarakat
walau di mana
jua
mereka
berada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinang tua merah seekor (ekornya)
Perempuan yang
sudah berumur
tetapi kelakuannya suka
bersolek
seperti perempuan
muda
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT