Bahasa Rakyat
Add
Bagai timun dendang di dalam merah di luar pahit
Baik
pada rupa tetapi di
hati busuk
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mercun buluh senapang bambu kepada saya jangan dituju
Mengertak
tidak
memberikan
apa-apa;
Tidak
ada
guna
memperkecilkan
orang
berakal
dan
berilmu
dengan soal yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dipegang (diraba) lengan sudah bak lengan dipegang (diraba) betis sudah bak betis
Orang
yang
takbur;
Untuk
menyatakan
sifat
sombong
atau
angkuh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Contoh diambil dari yang sudah; tuah diambil dari yang menang
Sesuatu
contoh
yang
hendak
ditiru biarlah
mendapat
hasil
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus gayung di belebas (putus kata di pangkalnya)
Sesuatu
hal yang diputuskan dilihat pada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepantangan helang dengan ayam lambat laun disambar juga
Lelaki
kalau
berdekatan
(bergaul dengan perempuan akhirnya jadi
tidak
baik
juga;
Pencuri
boleh
melihat
harta benda
orang
pasti
hendak
mencuri
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mendukung biawak hidup
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datang seperti ribut pergi seperti semut
Sesuatu
masalah yang
datang
secara
tiba-tiba
tetapi lambat untuk diatasi; penyakit
cepat
sembuhnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan seiring jalan (senasib)
Sahabat
seperjuangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang melurut bak sungai
Tiap-tiap ahli sukunya
berhak
menerima tanah pusakanya kerana
ada
pertalian
dengan
tuan
tanah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT