Bahasa Rakyat
Add
Kepapaan itu mencerdikkan si bodoh dan kekayaan itu membodohkan tuannya
Kerana
susah
terpaksa
berfikir
bila
terlampau
kaya
boleh
membuat
kerja bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kerbau menanduk anak dengan kaparan tanduk bukan dengan hujung
Ibu
yang memukul anaknya untuk memberi
pengajaran
dan
bukan
menyiksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bekerja golok keling hendak makan parang puting
Hendak
membuta
kerja tetapi
tidak berdaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada menari dikatakan lantai terjungkang jungkit
Bila
silap
orang
lain
yang disalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alah sabung menang sorak
Biarpun
kalah tetapi masih
bercakap besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing menyembunyikan kuku terlihat panggang berubahlah laku
Orang
yang
jahat
melakukan dirinya seperti
orang
baik
sementara
belum
ia bertemu dengan kegemarannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat ayam; tidak mengais; tidak makan
Ibarat
orang
miskin;
tidak
bekerja
makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air tawar secawan dituang ke laut takkan dapat menghilangkan masinnya
Pertolongan
yang sedikit
tidak
akan dapat
menyelesaikan
masalah
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hang tak kurang sanggul aku tak kurang tenggek (tengkolok)
Jika
seorang
tidak
berkenan maka
banyak
orang
lain
yang berkenan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai menyelisik sedang laga
Orang
yang ahli dan
bijaksana
dalam
melakukan
pekerjaan
susah
merbahaya
dia masih dapat mencari
kesenangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT