Bahasa Rakyat
Add
Kapuk (kekabu) segaul dengan kapas bezanya tak kan lepas
Jika
bercampur
dengan
orang mulia
hina
tetap
beza
keadaanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air yang dingin juga dapat memadamkan api
Kata-kata lembut untuk
meredakan
marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
Jangan
berharap
kalau
tidak
cukup
syarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa payahnya menawakkan bibir atas bawah
1. Mudah menyebut tetapi sukar
menjalankan;
2.
berjanji
tidak
ditepati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika biang boleh menembuk jika genting boleh memutus jika membuas berani memijakkan jika gugur berani menampung
Kuasa
seseorang
kadim
untuk memutuskan
sesuatu
perkara
yang
terjadi
dalam
kalangan sanak saudaranya dan dia bertanggungjawab jika berlaku lingkungan saudaranya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada angin bertiup masakan daun kayu bergerak?
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan berebutkan tembikar pecah
Jangan
sampai
berkelahi
kerana berebutkan perempuan jalang
padahal
tidak
layak dibuat isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus gayung di belebas (putus kata di pangkalnya)
Sesuatu
hal yang diputuskan dilihat pada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan sebab ayam seekor mengetahui hari siang
Jika
seorang
sahaja
yang
tidak
suka akan
sesuatu
pekerjaan
tidakkah jadi
itu
sedangkan
orang
lain
masih
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat dakwat dengan kertas; bila boleh renggang terlepas
Peri dampingan dua
orang
yang
berkasih-kasihan
terutama
suami
isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT