Bahasa Rakyat
Add
Makan berdamai
Makan malam
pengantin
baharu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan tatap
Makin
dipandang
makin
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak membelah kepayang muda dimakan mabuk dicampak sayang
Keadaan yang
serba salah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Menyusahkan
kehidupan
orang kecil
kerana
hendak
menyenangkan besar-besar. ; Jika
habis
binasa orang-orang
miskin
senegeri pun masih
tidak
dapat memenuhi
kehendak
raja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu
yang sedikit
sekali
gunanya
hendak
dibuang sayang disimpan
membahayakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang-sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang
Kekasih
atau
isteri yang melakukan
kejahatan
hendak
dibuang sayang
tidak
sakit
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rezeki helang (elang) tidak untuk (tak akan dapat oleh) (tak akan dapat dimakan oleh) musang (tikus atau burung pipit)
Keuntungan yang telah ditakdirkan untuk
seseorang
tidak
akan lepas kepada
orang
lain;
Rezeki
jangan
direbutkan
oleh
lain
usahalah sendiri sampai dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau bertempik tak(kan) makan orang
Orang
yang marah-marah
tidak
akan memukul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada sirih hendak makan sepah
Ada
yang
baik
tetapi pilih buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT