Bahasa Rakyat
Add
Ayam hitam terbang malam hinggap ke rimba dalam bertali ijuk bertambang tanduk
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dekan di bawah pangkal buluh
Pandai menyimpan rahsia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutan jauh diulangi hutan dekat dikendana
Harta benda
baik
jauh
atau
dekat
hendaklah selalu
dijaga
supaya
kelak
tidak
merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk di tapak tangga mandi di hilir orang berdiri di luar gelanggang
Kalau
berada di
tempat
orang
ikut
cara-cara
tempatan
dan selalu
merendah diri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana bulan di pagar bintang
Seorang
puteri yang jelita dikelilingi dayang-dayang cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berniaga buluh kasap pangkal hilang hujung lesap
1.
Cuba
membuat
kerja yang
tidak
diketahui akhirnya rugi
sahaja.
2.
Tidak
pandai berniaga
hingga
sama sekali.
3.
Berbelanja
berlebihan
merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kita di pangkal merawal dia di hujung merawal
Tanggungan kita
lebih berat
dari tanggungannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Warta dibawa pikat dan langau
Khabar angin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gerek lubang; gereklah langit olehmu; engkau takkan kusaraki juga
Walaupun kepada siapa kauadukan halmu;
engkau
tidak
akan kuceraikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinang di belah dua
Sama-sama cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT