Bahasa Rakyat
Add
Ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras
1.
Kalau
ada
wang semua
boleh
buat.
2.
Orang
kaya
dapat mencapai
apa
yang dihajati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang di mata (di hati jangan)
Tidak
kelihatan. ;
bertemu. Walaupun
berjauhan
tempat tinggal
tetapi hendaklah selalu ingat
dalam hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun lamun hati tidak senang juga
Apa
guna
hidup mewah
jika
hati
tidak
suka..
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bengkok sedikit tidak terluruskan
1.
Keras kepala.
2.
Tidak
mahu
mendengar
nasihat
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rantau jauh tidak diulangi rantau dekat tidak terkendanai
Orang tua
yang
tidak
diperdulikan lagi
oleh
sanak saudaranya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada kubangan yang tiada berkokok
Tiada
negeri
yang tiada
keburukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hati tak suka madu diminum dirasai (serasa) cuka
Orang
yang di
dalam
kesusahan
itu
tidak
terasa
jika
kaya
sekalipun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kaduk kena air tahi
Orang
yang
tidak
berguna
tetapi panjang umurnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Serta lalu kucing tikus tidak berdecit lagi
Bila
orang
yang ditakuti
lalu
diamlah kumpulan didatangi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibakar tidak hangus dijemur tidak kering direndam tidak basah ditetak tidak putus
Orang
yang
degil;
Tidak
mengubah
kata-kata telah dituturkan; Tiada dapat dipengapakan
seseorang
keras
atau
terlebih berkuasa
daripada
kita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT