Bahasa Rakyat
Add
Terjerit-jerit bagai babi kena sembelih
Jeritan
orang
yang berada
dalam
ketakutan
amat
sangat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada nasi di balik kerak.
Sombong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pintu tak berpasak perahu tidak berkemudi
Hal yang sia-sia
tidak
ada
menjaga sehingga mudah
mendatangkan
bahaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudu-sudu di tepi jalan dipanjat kena durinya disinggung kena rebasnya ditakik kena getahnya
Orang
cerdik
yang
susah
dikalahkan kerana berbagai-bagai
perkara
dapat dijadikan senjata untuk menentangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahan palu
Tidak
sakit
dipukul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih tulang di kandung tanah budi (yang) baik terkenang juga
Budi
bahasa
tetap diingat
orang
walaupun sudah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena pada ikan bersorak kena pada batang masam
Ketika
untung
bergembira ketika rugi marah-marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana lanyau di air sebarang tertadung menjadi daki
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika kita duduk di atas ciau emas pun lamun hati tiada senang
Kalau
hati
tidak
suka walau diberi
kesenangan
pun
susah
juga
rasanya;
Orang
yang di
dalam
kesusahan
dapat menerima kesukaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
13
14
15
16
17
[18]
19
20
21
22
[c] 2021 Petak Ajaib PLT