Bahasa Rakyat
Add
Licin bagai belut
Hal
orang
yang
tidak
mudah ditipu kerana
cerdik
dan awasnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembah diraih pantai dititi
Bijaksana
melakukan perintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diam ubi lagi sental diam besi lagi sentil
Diam
orang
yang
berakal
itu
dalam
berfikir
dan diam
bodoh
sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembu tanduk panjang tiada menandukpun dikata menanduk juga
Orang
yang biasa melakukan kesalahan
tidak
membuat
pun akan dituduh
orang
melakukannya
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai itik berebutkan tembolok
Membantah
kerana
makanan
atau
keuntungan yang sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing menjemput api
Modal
habis untung
tidak
dapat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mestika embun pagi
Keadaan
atau
kelauan
perkataan
yang
baik;
Nasihat
sedap pada
pendengaran
dan
boleh
menghilangkan
kemarahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai memakai baju dipinjam (sempit)
Perbuatan
yang
tidak
sesuai
dengan diri sehingga
nampak
canggung;
Perbelanjaan
melebihi
pendapatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit yang makan padi merbah terbawa rendong
Orang
yang
tidak
berbuat salah
malah
baik
tetapi kerana dia
ada
di
tempat
berlaku
sesuatu
jahat
turut
dituduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lelar makan diupih lagi putih lagi keruk
Apa
yang digemari
oleh
hawa nafsu
jika sudah dimulai
sekali
selalulah akan diperbuat
hingga
akhirnya ditimpa kerosakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
13
14
15
16
17
[18]
19
20
21
22
[c] 2021 Petak Ajaib PLT