Bahasa Rakyat
Add
Apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak di bakar
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup tidak kerana kaul mati tidak kerana sumpah
Ajal
maut di tangan Tuhan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada beras simpan dalam padi ada ingat simpan dalam hati
Jika
ada
cita-cita
janganlah dihebah-hebahkan
sebelum
dikerjakan
atau
mendapat
hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak berlela baik berela-rela
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada hidup kerana doa tiada mati kerana sumpah
Nasib
yang telah
tertentu
bagi
seseorang
itu
tidak
boleh
hendak
dielakkan
baik
atau
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti garam sebuku masuk tak akan masin tidak masuk tidak akan tawar
Orang
yang sangat
susah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau panjang beri ruas; kalau pendek beri berbuku
Tentukan aturan-aturan
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan supaya
jangan
kacau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa lagilah pemakan berulam bertemu pucuk
Tidak
menolak
sesuatu
yang disukai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak berela baiklah berela-rela
Kalau
tidak
ada
upaya
baik
menurut
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bawa rasmi jagung semakin berisi semakin tegak
Janganlah
sombong
apabila
mendapat
sesuatu
kelebihan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT