Bahasa Rakyat
Add
Seperti pohon kayu barang di mana ditiup angin di sanalah ia condong
Tidak
tetap
pendirian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hitam terbang malam hinggap di pokok pandan bergeresek ada rupa tiada
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kodok ditimpa kemarau
Keluh kesah
rakyat kerana derita dan kelaparan; Percakapan yang
tidak
tentu
arah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan lari gunung dikejar hilang kabut tampaklah dia
Perkara
yang telah tentu usahlah digopohkan hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mat di bawah dagu
Kalah
tiba-tiba;
tertipu
terang terangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan pasang selalu di mana surut sentiasa
Keadaan yang
tidak
tetap terutama
melibatkan
kekayaan
dan darjat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kail panjang empat ditarik ke atas ke bawah tak sampai
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampai belayar memapan juga sambil dendang biduk hilir
Dengan
satu
perbuatan
dua tiga
tujuan
tercapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai
Jika
takut
susah
jangan
berbuat
sesuatu apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT