Bahasa Rakyat
Add
Jangan diajar orang tua makan dadih
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kurang taksir hilang laba
Pekerjaan
yang
tidak
berhati-hati
akan
mendatangkan
kerugian
atau
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat sebatang besi dipatahkan dengan tangan sahaja
Untuk
menghasilkan
kerja yang
baik
perlu
ada
alat
sesuai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang orang berlari padang sendiri berjingkit
Suka menerima
tidak
suka memberi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada gadis yang tak cacat
Tidak
ada
yang
indah
itu
tidak
cacatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau air tenang jangan disangka tiada buaya
Orang
yang
pendiam
jangan
disangka
tidak
membahayakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada pendekar yang tak bolos tak ada juara yang tidak kalah
Bagaimana
cekap
orang
membuat
sesuatu
kerja akan
tersilap
juga
sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak dibawa orang (sehilir semudik) makan sejambar
Disisihkan dari
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rezeki jangan ditolak
Untung
jangan
dibiarkan terlepas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bekerja golok keling hendak makan parang puting
Hendak
membuta
kerja tetapi
tidak berdaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT