Bahasa Rakyat
Add
Jangan membuat baik memberi itik bertaji; membuat jahat sampai ayam dikerat susuhnya
Memberi yang
baik
biar
kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dialas bagai memengat
Bila
bercakap
jangan
ikut
sedap mulut pastikan
ada bukti
dan
alasan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bersuntingkan bunga mala
Hendak
beristerikan
perempuan tua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya
Orang besar
tidak
banyak
hendak
menghinakan dirinya dengan
perbuatan
hina
yang merendahkan tarafnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah ambil memulangkan salah makan memuntahkan
Sesuatu
perbuatan
yang
keliru
harus
diperbaiki kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan lalu setapak jangan surutkan
Tetap pendiriannya
tidak
berkocak
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kelaparan itu mencanaikan akal si bodoh dan kemahiran itu gurunya
Menjalankan
ikhtiar
kerana
hendak
mencari
kehidupan
dan rajin
bekerja
bertambah
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau si tua (harimau) menunjukkan belangnya tentu kambing bertanggungan
Pertandingan
yang
tidak
sebanding;
Orang
kuat melawan
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak usak kerbau oleh penyembelihan
Harta
tidak
akan
kurang
jika memberi sedekah kepada
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau diberi (ber)pelana kuda diberi berpasangan
Perbuatan
yang dilakukan
tidak
menurut
selayaknya;
Orang
diletakkan pada tempatnya
patut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT