Bahasa Rakyat
Add
Adat dagang tahan tawar
Peniaga
tidak
boleh
marah
bila
pembeli tawar
menawar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak menanti orang dahulu bak melalah (melalu) orang kudian
Mengerjakan
pekerjaan
yang sia-sia tak akan
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak ikan ketohoran
Hilang akal
melihat
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan bertaulan kekayaan itu dengan kemiskinan maka tiadalah kekayaan itu berguna sekali-kali
Orang
kaya
perlukan
orang
miskin
untuk melakukan
berbagai
kerja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu pencanai akal dan kekayaan itu pennumpulnya.
Kalau
susah
rajin
berfikir
bila
kaya
malas
belajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kasih bapak menambah harta yang ada kasih anak sama rata kasih sahabat sama binasa
Perbezaan
antara
kasih
bapa
anak
dan
sahabat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau sekawan boleh di kandang; manusia seorang tak terkawal
Sukarnya menjaga
seorang
anak gadis
supaya
tidak
tercemar
nama baik
keluarga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau baik jadikan teladan kalau jahat jadikan sempadan
Sesuatu
perkara
yang
baik
itu
elok
diikuti dan
tidak
memberi
faedah
eloklah ditinggalkan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon kayu yang tiada berbuah
Tidak
berguna
ada
ilmu
kalau
tidak
diamalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika ada padi berhampalah jika ada hati berasalah
Sesiapa yang
terasa
tersindir dialah
berbuat
seperti disindirkan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT