Bahasa Rakyat
Add
Tidak lekang oleh panas (tidak lapuk oleh hujan
Tetap
tidak
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada tertikam tuah oleh berani
Orang
yang bertuah
itu
tidak
dapat dikalahkan
oleh
keberanian.
; Walau
bagaimana
berani
seseorang
hulubalang
susah
hendak
membunuh
seorang
raja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padi selumbung di makan orang banyak
Hadiah
untuk isteri
daripada
suami
yang
banyak
isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macuk anak dara tak dapat tunangnya
Membuat
kerja tak pernah selesai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau tidak dipecahkan ruyung di mana boleh dapat sagunya?
Jika kita
berkehendakkan
sesuatu
hendaklah
berusaha
dahulu
untuk mendapatkannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dikit hujan banyak yang basah
perkara kecil
menyebabkan
akibat
besar
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada akan licin katak puru jika sentiasa berhujan sekalipun
Rupa yang
hodoh
bagaimana
berhias
sekalipun
tetap
tidak
akan
menjadi
elok.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dunia diadang saku dijahit
Orang
yang
ingin
bersuka-suka
tetapi
tidak
mahu
mengeluarkan wang untuk
tujuan
itu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kapas dimakan api
Kebinasaan
yang sangat
cepat
terkena
ke atas
orang
miskin
dan lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah kesingok makan api
Perselisihan yang sangat
mendalam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT