Bahasa Rakyat
Add
Awak sakit badan menimpa
Orang
yang selalu
mengeluh
kesempitan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengadu tuntung jarum
Sesuatu
pekerjaan
yang lekas binasa
tidak
tentu ketetapannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tegak meninjau jarah duduk meraut ranjau
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap berdegar-degar; tahi tersangkut digelegar
Orang
yang
bercakap besar
tetapi kerjanya tiada
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Katak menggigit telunjuk melihatkan ular sudah menjadi belut
Seorang
yang keluarganya telah dibinasakan
oleh
orang
jahat
bila
itu
berubah
menjadi
baik
masih
tidak
dipercayai lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut kamu harimau kamu mengerekah (batu) kepala kamu
Perkataan
tajam
(kasar)
kerapkali
menjadi
kesusahan
dan
tidak
dapat ditarik kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pepat di luar rencong (pancung) di dalam
Orang
yang manis mulutnya tetapi niat di
hati
jahat;
Mengeluarkan kata-kata untuk
memujuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ramai beragam rimbun menjelara
Tiap-tiap manusia
itu
adalah
masing-masing
dengan
kehendak
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hujan menimpa bumi
Tidak
boleh
terlepas dari perintah raja
atau
seumpamanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muncung penuh dengan air perut berisi batu
Umpama hakim tiada dapat
menyatakan
apa
yang
terasa
dalam
hatinya kerana telah
berhutang budi
atau
makan
suap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT