Bahasa Rakyat
Add
Kerbau seratus dapat digembalakan manusia seorang tiada terkawal
Mentadbir manusia sangat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa sakit berbini janda anak tiri boleh disuruh (sama dengan entri A1013)
Kahwin
dengan janda
banyak
untungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Imam yang adil itu lebih baik dari pada hujan yang lebat; imam yang aniaya itu lebih jahat daripada petir sepanjang hari
Sekalipun
orang besar
itu
mulia
kalau
perbuatannya
jahat
martabatnya akan lebih rendah dari rakyat biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itu pun tak dapat
Kerana mengharapkan laba
besar
yang
belum
tentu dapat maka
kecil
ditinggalkan akhirnya kedua-dua
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tangkai lembu di padang ada di ambil tidak boleh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja yang tiada adil itu seumpama awan yang tiada mengandungi hujan
Raja yang
zalim
jangan
diharap belas kasihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penyu bertelur beribu-ribu seorang pun tidak tahu; ayam itu bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri
nya
banyak
gembar gemburnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lazatlah rasa air yang payau itu bila diminum masa dahaga
Dalam
keadaan
susah
nikmat
kecil
terasa
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada ubi adalah batas; ada budi ada balas
Semua
perbuatan
ada
balasannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kekayaan jika berlebihan sekalipun tiada kuasa mencukupi atau memusnahkan nafsu manusia
Nafsu
tamak yang tiada penghujungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT