Bahasa Rakyat
Add
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa sakit berbini janda anak tiri boleh disuruh (sama dengan entri A1013)
Kahwin
dengan janda
banyak
untungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alim yang kikirkan ilmunya seumpama senjata yang berkarat di dalam sarungnya dan si jahil yang enggan belajar seumpama si buta malu bertongkat.
Orang
yang
berilmu
tidak
mahu
menyebarkan
ilmunya dan
orang
bodoh
belajar
kedua-duanya
mendapat
manafaat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampakkan bunga takkan dibalas dengan tahi
Budi
baik
takkan
dibalas dengan
kejahatan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak sempat gesek biola hendak menari dulu
Kerja
tidak
ikut
peraturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau
Lebih
banyak
ongkos
perkara
dari pada
harga
barang
(harta)
yang diperkarakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke sawah tidak berluluk mengambil cekerau
Mendapat
keuntungan tanpa perlu
bersusah
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rabuk dengan api
Tidak
boleh
didekati tentu gaduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti si buta berbini cantik si kudung beroleh cincin si busu bercakap dan si tuli mendengar
Mendapat
barang
berharga
tetapi
tidak
dapat menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai lepat dengan daun
Sangat
sesuai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT