Bahasa Rakyat
Add
Gelang di tangan orang hendak dirampas tidak dapat; cincin di jari sendiri tercabut hilang
Yang diusahakan
tidak
dapat; yang
ada
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah hendak berak besar; kita pun hendak berak besar juga
Hendak
meniru-niru
gaya
orang
yang
besar
atau
kaya;
akhirnya diri sendiri binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bingung makanan yang cerdik; yang tidur makanan yang jaga
Orang
menipu
itu
selalu melakukan perbuatannya kepada
orang
yang
bodoh
juga;
seperti
pencuri
tidak
akan
mencuri
di rumah
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sapu arang di muka
Mendapat Malu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada sirih hendak makan sepah
Ada
yang
baik
tetapi pilih buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Paksa yang baik
Masa yang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak sombong berbini banyak hendak megah lawan lebih
Orang
yang
hendak
memperlihatkan ketinggian diri
atau
kecongakan kepada
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalah jadi abu menang jadi arang
Dalam
sesuatu
pergaduhan
kalah
atau
menang sama
saja
iaitu
kedua-dua pihak rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon kayu yang tiada berbuah
Tidak
berguna
ada
ilmu
kalau
tidak
diamalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuda tua: diperkejakan tak boleh nak dibunuh sayang
Masalah yang sukar;
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT