Bahasa Rakyat
Add
Niat hati hendak pancing temenung sudah terpancing ikan setoka
Lain
yang dihajat
lain
diperoleh tetapi
tidak
memuaskan
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tua jangan di perut seperti rotan dahululah dia merasa garam
Orang
yang telah biasa
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi;
bijak
mahu
diajar lagi kerana dia sudah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pekung di dada
Keaiban
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajukkan air di ruang (hendak karam ditimba juga)
Marah
orang
yang kita kasihi
dalam
pekerjaan
sendiri marah
tidak
sampai
apabila
ia
kesusahan
di
tolong
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di belakang ia menendang kita bila di depan ia mengeting kita jika di tengah ia berpusing ligat pula
Bila
mengahdapi
orang
yang dikasihi kita jadi
serba salah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang emas dapat dibayar utang budi di bawa mati
Budi
bahasa
tidak
dapat di balas dengan wang ia akan jadi
hutang
seumur hidup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diunjuk diberikan pepat diluar rencung di dalam
Orang
yang
memberikan
sesuatu
barang
dengan
tidak
ikhlas
dalam
hatinya
berdendam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si Jimban hendak hilir
Orang
yang
lengah
atau
lembab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang tersapu di kening
Mendapat malu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja yang tiada adil itu seumpama awan yang tiada mengandungi hujan
Raja yang
zalim
jangan
diharap belas kasihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT