Bahasa Rakyat
Add
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang
Meniru-niru
gaya
orang besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam dimakan tugau
Orang
yang kurus dan pucat kerana sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Usang dibarui lapuk dikajangi
Adat
peraturan
yang sudah dilupakan
hidup
kembali; Diganti
atau
diperbaiki mana-mana
tidak
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana barang yang disadur
Tidak
tahan diuji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti api makan kapas
Merbahaya
yang berlaku
dengan serta merta
ke atas
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Walau bagaimana pun minyak dicampur dengan air; minyak juga yang timbul
Jika
bercampur gaul
orang-orang
bangsawan
dengan
orang bangsawan
maka jugalah yang dimuliakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di minta kepada yang ada berkaul keramat merajuk kepada yang kasih
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahankan dengan telunjuk?
Tiada dapat kita
berlepas
daripada
kehendak
atau
hukuman
raja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepatah kata memadailah pada orang yang bijak
Orang
bijak
cepat
faham.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil jangan disangka anak besar jangan disangka ibu (bapa)
Pengetahuan
atau
kelebihan
itu
tidak
khusus
terdapat
pada
orang tua
sahaja;
Kebolehan
seseorang
jangan
kita ukur dari rupa umurnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT