Bahasa Rakyat
Add
Sudah bertongkat tempurung tak terangkat kelopak (pelupuk) matanya lagi
Orang
bongkok
kerana sangat tua dan lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai disuruh minum air bercacing
Orang
yang
enggan
melakukan
pekerjaan
walaupun didesak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing melompat orang tidurnya; ayam berkokok hari pun siang
Susah
dan senang
orang
lain
menyebabkan
kita
susah
atau
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Majlis di tepi air merdesa di perut kenyang
Orang
kaya
akan memilih
apa
yang diingininya;
itu
tentu mudah menolak
pemberian
orang
hendak
menyogoknya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bongkok juga dimakan sarung
Yang bersalah akan menangggung dosanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi
Kalau
kita
berbuat baik
kepada
orang
tidak
akan dibalasnya
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terlongsong perahu boleh balik terlonsong cakap tak boleh balik
Perkataan
tajam
(kasar)
kerapkali
menjadi
kesusahan
dan
tidak
dapat ditarik kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai meramas biji cempedak
Orang
yang sangat pandai
berhandai-handai
hingga
sukar untuk dikalahkan;
Menghadapi
orang
berdolak-dalik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kambing jantan tua makan daun muda
Lelaki tua
berbini
anak dara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi tak dingin pinggan tak retak (engkau tak hingin aku tak hendak)
Sama-sama
tidak
suka sama-sama merajuk;
Orang
yang
cermat
dalam
melakukan
sesuatu
pekerjaan
sungguhpun
banyak
kerjanya tetapi jarang rosak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT