Bahasa Rakyat
Add
Eh; bukan buruk untung; celaka ayam; padi masak makan ke hutan
Sesuatu
yang telah diusahakan diperolehi tetapi
terpaksa
ditinggalkan kerana
kemalangan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Manusia tahan kias binatang tahan palu
Mengajar manusia dengan
sindiran
cukuplah sudah
kalau
mengajar
binatang
mesti pukulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai minyak dengan air
Orang
yang bermusuhan
atau
tidak
sehaluan
mustahil
dapat bergaul
menjadi
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu kalau ditarah licin ikut juga jangankan manusia?
Perempuan yang
hodoh
akan
menjadi
cantik jika dihiasi dan diberi pakaian cantik;
Pengajaran
sempurna
itu
lambat laun
dapat
juga
membaiki
orang
kita
ajar
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau punya susu sapi mendapat nama
Lain
orang
bersusah
payah
lain
kena
puji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebu airnya dimakan (ditelan) hampasnya dibuang
Tutur kata yang
hendak
dipilih:
baik
diambil dan buruk diketepikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan serik luka dimakan tajak esok kita ke bendang juga
Kesukaran
sesuatu
pencarian
tidak
akan menghalangi
orang
yang mengusahakan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan nasi mentah
Tidak
peduli
halal
dan
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menatang minyak yang penuh
Susah
menjaga
anak
atau
isteri yang di sayangi; memelihara dengan
penuh
kasih sayang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu pun empuk jangankan hati manusia
Perkataan
yang manis dapat
melembutkan hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT